Tuesday, June 23, 2009

Sepetang di Teluk Sengat







Hari ke-3 kat Kota Tinggi mula la terasa boringnya... xde sapa nak ajak sembang, semua sibuk dengan kedai. Waktu tu rasa alangkah bagusnya kalau balik Kedah, boleh gak ajak adik beradik pi jalan-jalan. Kat sana nak jalan xtau tempat. Last-last petang tu adik ipar ajak ke Teluk Sengat cari ikan fresh. Anis aja ikut sebab abang dia tidur... so tinggal dengan abah dia le. Cari punya cari hanya ikan luar biasa aja ada... xjadi la beli. Last-last jumpa ketam fresh, mula la teringin nak makan. Nak tahu berapa hg sekilo???? RM28.... mak datuk mahalnya, tapi teringin punya pasal beli jugak la. So esoknya dapatla makan ketam masak lemak cili api.




Cuti-cuti Malaysia....


Sempena cuti sekolah baru-baru nie kami sekeluarga balik kampung suami kat Kota Tinggi. Balik kg kali nie lebih bermakna sebab Ilham ikut sekali. Mana taknya dah hampir 3 tahun dia tak balik sana sebab tak nak pisah dengan atuknya kat Kedah. Kesian pulak kat atuk ngan nenek kat Johor sebab selalu tanya pasai dia. Alhamdulillah tahun ni dapatla diorang tengok rupa dia. Perjalanan kesana amatlah memenatkan, mana taknya habis sekolah hari jumaat terus balik Kedah ambik dia, petang lepas asar terus tolak ke Johor. Sepanjang malam dalam kereta... pagi esoknya baru la sampai.... letih ooooo...... Apapun seronok la dapat jumpa sedara kat sana.

Hari pertama sampai xde la jalan mana-mana, dok rehat kat rumah aja... cuma waktu petang tu lepak-lepak kat kedai runcit pak mertua. Ilham ngan Anis la orang yang paling suka sebab boleh makan macam-macam, maklumla free katakan... ibunya pun tumpang sekaki le....