Tuesday, June 23, 2009

Sepetang di Teluk Sengat







Hari ke-3 kat Kota Tinggi mula la terasa boringnya... xde sapa nak ajak sembang, semua sibuk dengan kedai. Waktu tu rasa alangkah bagusnya kalau balik Kedah, boleh gak ajak adik beradik pi jalan-jalan. Kat sana nak jalan xtau tempat. Last-last petang tu adik ipar ajak ke Teluk Sengat cari ikan fresh. Anis aja ikut sebab abang dia tidur... so tinggal dengan abah dia le. Cari punya cari hanya ikan luar biasa aja ada... xjadi la beli. Last-last jumpa ketam fresh, mula la teringin nak makan. Nak tahu berapa hg sekilo???? RM28.... mak datuk mahalnya, tapi teringin punya pasal beli jugak la. So esoknya dapatla makan ketam masak lemak cili api.




Cuti-cuti Malaysia....


Sempena cuti sekolah baru-baru nie kami sekeluarga balik kampung suami kat Kota Tinggi. Balik kg kali nie lebih bermakna sebab Ilham ikut sekali. Mana taknya dah hampir 3 tahun dia tak balik sana sebab tak nak pisah dengan atuknya kat Kedah. Kesian pulak kat atuk ngan nenek kat Johor sebab selalu tanya pasai dia. Alhamdulillah tahun ni dapatla diorang tengok rupa dia. Perjalanan kesana amatlah memenatkan, mana taknya habis sekolah hari jumaat terus balik Kedah ambik dia, petang lepas asar terus tolak ke Johor. Sepanjang malam dalam kereta... pagi esoknya baru la sampai.... letih ooooo...... Apapun seronok la dapat jumpa sedara kat sana.

Hari pertama sampai xde la jalan mana-mana, dok rehat kat rumah aja... cuma waktu petang tu lepak-lepak kat kedai runcit pak mertua. Ilham ngan Anis la orang yang paling suka sebab boleh makan macam-macam, maklumla free katakan... ibunya pun tumpang sekaki le....


Tuesday, May 26, 2009

Anis sakit mata...


Emm.. ini la tabiat Anis yang cukup susah nak ubah. Nak tahu apa dia? Apalagi kalau bukan dating ngan Doktor Ling. Macam tau-tau aja time gaji mulala penyakit dia mai.. almaklum nak bagi duit kat Ling la tu. Kali ni dia bukan demam, tapi kena sakit mata. Kesian pulak tengok dia time bangun pagi mata dia tak boleh nak buka langsung, apalagi asik merengek le.. Petangnya terpaksa la pi jumpa doktor. Dia ni suka klinik tu bukan sebab apa, ada mainan kat situ.. sebab tu pantang diajak, sure tak tolak punya. Tapi.. yang tensionnya masa nak titis ubat mata mengelupur sakan, 2 orang pegangpun tak jalan. Last-last tak bubuh la...harap-harap ngan mama dia ok la.


Monday, May 25, 2009

Buah hati pengarang jantung





Hari nie baru ada masa nak jenguk blog.. maklum sibuk bebenar. Buat permulaan nak perkenalkan dua orang buah hatiku. Yang sulung tu namanya Ilham Farihin, umur dah 5 tahun. Sekarang ni dah masuk tadikapun, tapi bukan kat Perak ni... kat Kedah nun. Sebulan sekali saja dapat jumpa dia, memang le rindu.. tapi dah dia suka kat sana nak buat camna, sabor aja laa.. Yang kedua tu pulak, Anis Umairah.. dah nak masuk 3 tahun. Yang nie duduk kat Perak la.. Yang nie pulak suka sangat duduk kat umah pengasuh, susah betul nak balik umah.. siap kena rasuah mainan lagi.










Wednesday, May 20, 2009

Hari pertama membuat blog

Yahoo!!!! akhirnya dah berjaya mencipta blog sendiri. Ingatkan susah bebenar, rupanya senang aja. Itula yang dikatakan fobia komputer. Kalau sebelum ni asyik jealous baca blog orang yang canggih-canggih, lepas ni boleh la tunjuk kreativiti sendiri pulak.....